Tuesday, October 27, 2009

Keistimewaan Honey Apple 3

Pemakanan kesihatan yang membantu untuk memulihkan sistem dalaman badan untuk:
1. Memanaskan badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Merangsang pemecahan lemak
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Ramuan

EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.
Dari sudut kesihatan, epal merupakan sumber serat yang mudah larut. Ia membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah sekali gus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada jangka masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut yang membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan.



MADU LEBAH

1. Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
2. Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
3. Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
5. Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
6. Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
7. Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
8. MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.

Kandungan Vitamin Dan Mineral

EPAL

KARBOHIDRAT
Karbohidrat merupakan salah satu penyumbang energy atau tenaga yang paling murah, kerana pada umumnya sumber karbohidrat ini berasal dari tumbuh-tumbuhan (beras, jagung, singkong, dan sebagainya) yang merupakan makanan pokok.

LEMAK
Fungsi lemak adalah :
- menghasilkan kalori terbesar dalam tubuh manusia (1 gram lemak menghasilkan 9,3 kalori).
- sebagai pelarut vitamin A,D,E,K.
- sebagai pelindung terhadap bahagian tertentu tubuh

PROTEIN
Fungsi protein bagi tubuh antara lain :
- membangun sel-sel yang rosak.
- membentuk zat-zat pengatur seperti enzim dan hormon.
- membentuk zat inti energi (1 gram protein kira-kira menghasilkan 4,1 kalori).

TIAMINA (VITAMIN B1)
Fungsi :
Mencegah penyakit beri-beri, membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan saraf.

RIBOFLAVIN (VITAMIN B2)
Fungsi :
Membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan kulit dan rambut.

NIASIN (VITAMIN B3)
Fungsi :
Mencegah penyakit pellagra (kulit kasar bersisik), membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan sistem saraf, mempertahankan kesihatan rambut.

ASID PANTOTENIK (VITAMIN B5)
Fungsi :
Mencegah mati rasa pada jari-jari, membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan jaringan dan rambut.

PYRIDOXIN (VITAMIN B6)
Fungsi :
Mencegah kekeringan pada hujung bibir, membantu melepaskan energi dari makanan. membantu pembentukan sel darah merah, mempertahankan kesihatan sistem saraf.

FOLIK ASID (VITAMIN B9)
Fungsi:
- Menstabilkan mood.
- Mengurangi depresi.
- Memperbaiki jam biologis dengan mengatur selera makan

VITAMIN C
Fungsi :
Meningkatkan daya tahan tubuh, berfungsi sebagai anti oksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas akibat polusi dan asap rokok, membantu penyembuhan luka, membantu peyerapan zat besi dan kalsium, mempertahankan kesihatan kulit.

FERUM
Membina otot & tubuh yang sihat

FOSFORUS
Pembentukan tulang, gigi, meningkatkan fungsi otot

KALIUM
Pembentukan tulang, meningkatkan fungsi saraf dan otot

KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium dan magnesium ialah mencegah penyakit osteoporasis dan mengawal tekanan darah.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :
- Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.
- Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.
- Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa.
- Kekurangan Magnesium pula boleh menyebabkan kekejangan otot, sakit jantung ,batu karang, dan perubahan psikologi

ZINK
Merangsang ketinggian dan tumbesaran kanak-kanak.

TANIN
Buah apel juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.

BARON
Di dalam buah apel terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.

FLAVOID
Salah satu kandungan buah apel yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.

ASAM D-GLUCARIC
Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

QUERCETIN
Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah apel mengandung zat quercetin.

ASAM TARTAR
Di dalam sebuah apel juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.

MADU LEBAH

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Produk Hub HALAL













Produk ini mendapat sijil pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Melaka.

Soalan Dari Forum Laman Web PPIM:
Salam, Ingin mendapatkan kepastian daripada ahli forum di sini adakah cuka epal (apple cider vinegar) halal diminum? Saya banyak membaca artikel mengenai kelebihan pengambilan cuka epal ini sebagai "home remedies". Saya ingin mengamalkan pengambilannya tetapi saya agak was-was dengan kesohihan halalnya kerana cara pemprosesannnya. Apa yang saya tahu, perahan epal melalui 2 proses fermentasi, iaitu fermentasi untuk menghasilkan alcohol (tuak) kemudian fermentasi peringkat kedua untuk menukarkannya kepada cuka (asid asetik) yang dikenali sebagai "apple cider vinegar".Saya mengharapkan maklumbalas daripada ahli forum di sini.

Jawapan:
Mana-mana produk yang diperam atau ditapaikan dengan cara anaerobic (tanpa kehadiran oksigen) mengeluarkan etil alkohol, dan oleh itu adalah haram. Jika produk itu ditapaikan dengan oksigen, ia dipanggil aerobik, dan mengeluarkan asid asetik (seperti cuka) dan tidak mengapa. Alkohol boleh dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bukan hanya anggur. Anda boleh mendapat alkohol daripada epal, nasi, pic nenas, mangga, barli dan berjuta-juta lagi tumbuhan lain. Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram, tidak kira berapa banyak kandungan alkohol itu (hatta 0.5% pun adalah haram).
Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai dan perahan buah-buahan seperti epal atau anggur sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai atau perahan buah-buahan berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka ia tidak haram dimakan atau diminum.
Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nabîdz. Nabîdz ialah nira atau tuak daripada perahan buah-buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nabîdz itu yang dianggap halal atau masih halalhalal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:Maksudnya: “Daripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al Bahraniy, dia berkata: “Aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata: “Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dibuatkan nabîdz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau ditumpahkan.” (Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:“Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dibuatkan nabîdz kismis dalam gereba (bekas menyimpan air yang diperbuat daripada kulit binatang), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki, Baginda membuangnya.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Yahya Abu Umar an-Nakha‘i berkata: “Ada satu kumpulan orang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas tentang memperjualbeli dan memperdagangkan khamr.” Ibnu ‘Abbas bertanya: “Apakah kalian orang-orang Islam?” Mereka menjawab: “Ya!” Ibnu ‘Abbas berkata: “Tidak boleh memperjualbeli dan memperdagangkannya.” Berkata Yahya Abu Umar an-Nakha‘i: “Mereka bertanya lagi tentang nabîdz.”Ibnu ‘Abbas menjawab: “Pernah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabîdz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu. Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air diperbuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalaman. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi berikutnya, sisa rendaman kismis itupun ditumpahkan.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn al Qusyairiy): “Aku bertemu ‘Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau tentang nabîdz. ‘Aisyah memanggil seorang jâriyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: “Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam”. Jâriyah itu berkata: “Aku biasa membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam gereba di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabîdz itu.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada ‘Aisyah, beliau berkata: “Biasanya kami membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) yang diikat bahagian atasnya, dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabîdz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu ‘Isya’. Kalau kami membuatnya di waktu ‘Isya’, Baginda meminumnya di pagi hari.” (Hadis riwayat Muslim)Al-Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata:Ertinya: “Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan intibâdz (merendam seperti kismis, kurma, gandum), dan keharusan meminum (air) rendaman nabîdz itu selama mana ia masih terasa manis, belum berubah, dan belum menggelegak atau mendidih. Perkara ini harus hukumnya dengan ijmâ‘ ulama.Adapun perbuatan Nabi memberi minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana Baginda merasa tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari itu dan adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjauhi nabîdz selepas tiga hari.
Adapun maksud perkataannya (diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya/dibuangnya) ertinya kadang-kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan, disebabkan perbezaan hal keadaan nabîdz itu.Jika tidak nyata perubahan air rendaman nabîdz itu dan lain-lain seumpamanya daripada unsur-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya adalah sebagai langkah berhati-hati untuk menghindar daripada melakukan perbuatan maksiat (meminum nabîdz yang diharamkan).Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsur-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya kerana apabila ia memabukkan jadilah ia haram dan najis, lalu ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam, kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus ke atas Baginda sendiri meminumnya.Adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari, itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsur-unsur perubahan dan ia tidak diragui pada asalnya. Wallahu a‘lam.Adapun maksud perkataannya dalam hadis ‘Aisyah: (Baginda merendam di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam kemudian meminumnya di waktu siang) tidaklah berlawanan dengan hadis Ibnu ‘Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminum dalam waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: “Kemungkinan hadis ‘Aisyah itu adalah di musim panas, kerana pada musim ini ditakuti ia akan rosak jika sudah lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu ‘Abbas pula adalah di musim yang dianggap selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Dan ada juga yang berpendapat bahawa: “Hadis ‘Aisyah itu merujuk kepada air rendaman (nabîdz) yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu ‘Abbas pula merujuk kepada air rendaman yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahu a‘lam.” (Shahîh Muslim dengan Syarah an-Nawawi: 7/195)Begitulah beberapa hadis yang dapat menjelaskan kedudukan alkohol dalam makanan seperti yang ada pada tapai atau perahan epal yang belum sampai kepada tahap yang memabukkan.Andai kata alkohol yang ada pada tapai itu sudah sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tidak syak lagi tapai itu haram dimakan. Tapai yang sifatnya memabukkan adalah sama seperti hukum arak (haram meminumnya) sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya: “Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan (juga) adalah haram” (Hadis riwayat Muslim)Walau bagaimanapun apabila unsur memabukkan yang ada pada perahan epal itu hilang, maka perahan epal itu halal, maka cuka epal atau juga dikenali sebagai cider itu halal dimakan dan ia suci selagi pertukarannya kepada cuka itu terjadi dengan sendirinya (bukan dicampur dengan apa-apa bahan) kerana sifatnya yang memabukkan itu sudah tidak ada lagi. Akan tetapi jika ketika air perahan itu mendidih dan sifatnya memabukkan, maka haram diminum air perahan buah atau biji-bijian itu dan ia juga adalah najis. Apabila sifatnya yang memabukkan itu hilang, maka ia tidak lagi dihukumkan najis dan air perahan itu menjadi suci dan halal diminum. Begitulah dengan perahan epal, jika ia memabukkan haram dimakan, dan jika tidak, maka halallah memakannya. Wallahu a'lam bissowab.

Testimoni

KAMALUDIN HJ TAHA
Pada peringkat percubaan, produk HONEY APPLE 3, ianya terbukti berkesan dalam pembuangan air besar yang lawas dan kelegaan pada perut yang selalu senak, lalu saya kongsikan dengan kawan-kawan dan mereka juga bersetuju dengan keberkesanannya.
Slogan saya - barang yang baik itu datangnya dari kualiti bukannya dari kata-kata yang indah.
Selamat mencuba Honey Apple 3



ROS BINTI PAIMIN
Teruja kehebatan rasanya, diniagakan bukan dengan sistem MLM dan duta produk yang diminati ramai membuatkan saya terpanggil untuk memulakan perniagaan ini
Meminum kopi dan Ne…. menyebabkan kulit kepala suami saya rosak dan berkerak .
Sejak menggunakan Honey Apple 3 kulit kepala suami saya bertambah cantik dan segar.
Penghadamanan makanan menjadi masalah kepadanya. Setelah dua kali bertemu pakar di hospital tanpa ubat kini tiada masalah lagi dengan hanya meminum Honey Apple 3. Pendapatan dengan produk Honey Apple 3 sangat lumayan tetapi yang lebih penting ialah ia membantu meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga.
Saya ingin kekal ramping dan membantu ramai lagi kawan kawan di sana.