
Produk ini mendapat sijil pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Melaka.
Soalan Dari Forum Laman Web PPIM:
Salam, Ingin mendapatkan kepastian daripada ahli forum di sini adakah cuka epal (apple cider vinegar) halal diminum? Saya banyak membaca artikel mengenai kelebihan pengambilan cuka epal ini sebagai "home remedies". Saya ingin mengamalkan pengambilannya tetapi saya agak was-was dengan kesohihan halalnya kerana cara pemprosesannnya. Apa yang saya tahu, perahan epal melalui 2 proses fermentasi, iaitu fermentasi untuk menghasilkan alcohol (tuak) kemudian fermentasi peringkat kedua untuk menukarkannya kepada cuka (asid asetik) yang dikenali sebagai "apple cider vinegar".Saya mengharapkan maklumbalas daripada ahli forum di sini.
Jawapan:
Mana-mana produk yang diperam atau ditapaikan dengan cara anaerobic (tanpa kehadiran oksigen) mengeluarkan etil alkohol, dan oleh itu adalah haram. Jika produk itu ditapaikan dengan oksigen, ia dipanggil aerobik, dan mengeluarkan asid asetik (seperti cuka) dan tidak mengapa. Alkohol boleh dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bukan hanya anggur. Anda boleh mendapat alkohol daripada epal, nasi, pic nenas, mangga, barli dan berjuta-juta lagi tumbuhan lain. Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram, tidak kira berapa banyak kandungan alkohol itu (hatta 0.5% pun adalah haram).
Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai dan perahan buah-buahan seperti epal atau anggur sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai atau perahan buah-buahan berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka ia tidak haram dimakan atau diminum.
Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nabîdz. Nabîdz ialah nira atau tuak daripada perahan buah-buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nabîdz itu yang dianggap halal atau masih halalhalal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:Maksudnya: “Daripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al Bahraniy, dia berkata: “Aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata: “Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dibuatkan nabîdz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau ditumpahkan.” (Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:“Biasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dibuatkan nabîdz kismis dalam gereba (bekas menyimpan air yang diperbuat daripada kulit binatang), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki, Baginda membuangnya.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Yahya Abu Umar an-Nakha‘i berkata: “Ada satu kumpulan orang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas tentang memperjualbeli dan memperdagangkan khamr.” Ibnu ‘Abbas bertanya: “Apakah kalian orang-orang Islam?” Mereka menjawab: “Ya!” Ibnu ‘Abbas berkata: “Tidak boleh memperjualbeli dan memperdagangkannya.” Berkata Yahya Abu Umar an-Nakha‘i: “Mereka bertanya lagi tentang nabîdz.”Ibnu ‘Abbas menjawab: “Pernah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabîdz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu. Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air diperbuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalaman. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi berikutnya, sisa rendaman kismis itupun ditumpahkan.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn al Qusyairiy): “Aku bertemu ‘Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau tentang nabîdz. ‘Aisyah memanggil seorang jâriyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: “Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam”. Jâriyah itu berkata: “Aku biasa membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam gereba di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabîdz itu.”(Hadis riwayat Muslim)Maksudnya: “Daripada ‘Aisyah, beliau berkata: “Biasanya kami membuatkan nabîdz untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) yang diikat bahagian atasnya, dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabîdz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu ‘Isya’. Kalau kami membuatnya di waktu ‘Isya’, Baginda meminumnya di pagi hari.” (Hadis riwayat Muslim)Al-Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata:Ertinya: “Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan intibâdz (merendam seperti kismis, kurma, gandum), dan keharusan meminum (air) rendaman nabîdz itu selama mana ia masih terasa manis, belum berubah, dan belum menggelegak atau mendidih. Perkara ini harus hukumnya dengan ijmâ‘ ulama.Adapun perbuatan Nabi memberi minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana Baginda merasa tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari itu dan adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjauhi nabîdz selepas tiga hari.
Adapun maksud perkataannya (diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya/dibuangnya) ertinya kadang-kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan, disebabkan perbezaan hal keadaan nabîdz itu.Jika tidak nyata perubahan air rendaman nabîdz itu dan lain-lain seumpamanya daripada unsur-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya adalah sebagai langkah berhati-hati untuk menghindar daripada melakukan perbuatan maksiat (meminum nabîdz yang diharamkan).Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsur-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya kerana apabila ia memabukkan jadilah ia haram dan najis, lalu ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam, kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus ke atas Baginda sendiri meminumnya.Adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari, itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsur-unsur perubahan dan ia tidak diragui pada asalnya. Wallahu a‘lam.Adapun maksud perkataannya dalam hadis ‘Aisyah: (Baginda merendam di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam kemudian meminumnya di waktu siang) tidaklah berlawanan dengan hadis Ibnu ‘Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminum dalam waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: “Kemungkinan hadis ‘Aisyah itu adalah di musim panas, kerana pada musim ini ditakuti ia akan rosak jika sudah lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu ‘Abbas pula adalah di musim yang dianggap selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Dan ada juga yang berpendapat bahawa: “Hadis ‘Aisyah itu merujuk kepada air rendaman (nabîdz) yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu ‘Abbas pula merujuk kepada air rendaman yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahu a‘lam.” (Shahîh Muslim dengan Syarah an-Nawawi: 7/195)Begitulah beberapa hadis yang dapat menjelaskan kedudukan alkohol dalam makanan seperti yang ada pada tapai atau perahan epal yang belum sampai kepada tahap yang memabukkan.Andai kata alkohol yang ada pada tapai itu sudah sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tidak syak lagi tapai itu haram dimakan. Tapai yang sifatnya memabukkan adalah sama seperti hukum arak (haram meminumnya) sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya: “Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan (juga) adalah haram” (Hadis riwayat Muslim)Walau bagaimanapun apabila unsur memabukkan yang ada pada perahan epal itu hilang, maka perahan epal itu halal, maka cuka epal atau juga dikenali sebagai cider itu halal dimakan dan ia suci selagi pertukarannya kepada cuka itu terjadi dengan sendirinya (bukan dicampur dengan apa-apa bahan) kerana sifatnya yang memabukkan itu sudah tidak ada lagi. Akan tetapi jika ketika air perahan itu mendidih dan sifatnya memabukkan, maka haram diminum air perahan buah atau biji-bijian itu dan ia juga adalah najis. Apabila sifatnya yang memabukkan itu hilang, maka ia tidak lagi dihukumkan najis dan air perahan itu menjadi suci dan halal diminum. Begitulah dengan perahan epal, jika ia memabukkan haram dimakan, dan jika tidak, maka halallah memakannya. Wallahu a'lam bissowab.
Pelanggan di Perlis nantikan kemunculan HoneyApple3. Ejen diperlukan.

No comments:
New comments are not allowed.